Wednesday 7 May 2014

4 Peserta Akhir Ujibakat AlphaBAT

Akhirnya keputusan peserta akhir ujibakat AlphaBAT telah dikeluarkan pada 
5 MAY 2014
Tahniah diucapkan kepada 4 orang peserta akhir ujibakat ini.


Malaysia ALPHA akan menyokong anda !!

Tuesday 6 May 2014

AlphaBAT Pulang Ke Korea

2 May 2014 @KLIA

Hari terakhir AlphaBAT di Malaysia.Perasaan yang bercampur baur pada waktu itu,gembira kerana AlphaBAT datang ke Malaysia dan sedih kerana  mereka akan meniggalkan kami.Lambaian,senyuman dan ucapan selamat tinggal tidak putus-putus diberikan oleh AlphaBat.Kesedihan yang teramat sangat kerana AlphaBAT akan meniggalkan kami semua disini dengan memori yang sangat manis bersama mereka selama 2 minggu mereka berada di Malaysia.Layanan yang sangat istimewa kami terima daripada AlphaBAT.Harapan kami Alpha di Malaysia,AlphaBAT tidak akan melupakan kami disini dan akan datang lagi ke Malaysia.Kami akan sentiasa menunggu kehadiran kumpulan AlphaBAT.

'Who is the best?? AlphaBAT ~
MALAYSIAN ALPHA ♥ ALPHABAT




AlphaBAT Last Show



1 May 2014 @Diamond Club,The Scott Garden







Persembahan terakhir AlphaBAT di Malaysia pada malam tersebut,hanya beberapa lagu yang di persembahankan antara nya AB  city,Ttantara dan Fiction dan Beautiful night.Sedikit sedih kerana mereka akan pulang semula ke Korea pada keesokan harinya.Walaupun tidak berapa ramai  ‘fans’  yang hadir pada malam tersebut.Majlis tetap berjalan dengan lancar dan meriah.


Lost World Of Tambun -LWOT

30 April 2014 AlphaBAT @Tambun


Hari bekerja tak dapat pergi Tambun kesedihan melanda diri waktu tu tapi terima kasih dekat Diba bagi gambar ni.Hadiah yang sangat bermakna...xoxo <<33

cr-owner

'Celebration Party' bersama AlphaBAT

@Station one signiture Taman Mutiara Cheras

Malam yang sangat mengujakan pada mulanya,kerana dapat berjumpa sekali lagi dengan kumpulan AlphaBAT pada malam itu dengan secara dekat oleh kami.Menantikan kehadiran AlphaBAT dengan penuh debaran gelak tawa peminat dan kegembiraan yang tidak terhingga kami rasakan pada waktu itu.Majlis terpaksa di mulakan sedikit lewat kerana keadaan Kuala Lumpur yang tidak lekang dengan kesesakan lalu lintas.Debaran penuh debaran dengan penantian kami menunggu idola yang bakal tiba,kami di umumkan satu peraturan 'mayb'.Kami tidak dibenarkan mengambil apa-apa gambar pada malam itu.Keluhan para peminat sedikit didengari pada waktu tersebut dan kami terpaksa akur walaupun sedikit kecewa.Walaupun kami tidak di benarkan mengambil satu video atau gambar kami tetap gembira dengan kedatangan AlphaBAT yang berada di hadapan kami.Kami di pertontonkan pemenang-pemenang yang memenangi 'contest' yang di anjurkan oleh pihak New Pro-Star dan diberikan komen oleh kumpulan AlphaBAT :-) . Walaupun majlis tersebut berakhir dengan singkat ,tapi kami merasakan kegembiraan pada malam itu dan akan kami ingati sampai bila-bila juga menjadi memori sangat manis yang tidak ada pada orang lain selain kami yang berada di malam tersebut.. (T.T) :-)






 



 알파벳 사랑해




AlphaBat 1st Showcase in Malaysia-Sesi Ujibakat Dan Showcase

AlphaBAT Showcase @Summit Subang USJ, Kuala Lumpur


27 April 2014,Ahad,hari yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat AlphaBAT untuk menyaksikan  persembahan idola mereka untuk kali pertamanya  di Kuala Lumpur.Sebelum AlphaBAT menampilkan diri mereka,kami dipersembahkan tarian daripada 4 orang penari cilik 'bubble candy' dengan tarian yang sangat bertenaga dan mengkagumkan.


Seterusnya majlis di teruskan dengan persembahan peserta-peserta yang dipilih untuk sesi ujibakat pemilihan ahli AlphaBAT yang ke-10.Pelbagai nyanyian yang di dendangkan oleh peserta ujibakat dan ada yang mempersembahkan tarian walaupun mereka tidak boleh menari.Para juri sangat mengkagumi bakat-bakat yang ada pada mereka dan ada yang sangat menarik perhatian para juri pada waktu itu.

Antara peserta yang hadir di sesi ujibakat

Saat yang di nanti-nantikan oleh peminat-peminat AlphaBAT,sorakan demi sorakan AlphaBAT menampilkan diri mereka di atas pentas.AlphaBAT mempersembahkan beberapa buah lagu iaitu 'love in ice' 'always' 'fiction' 'beautiful night' 'AB city' 'ttantara' berselang dengan acara 'game with fans'.Mereka sangat  bertuah kerana menjadi salah seorang daripada kami yang dipilih untuk bersama AlphaBAT di atas pentas.Majlis tidak di akhiri begitu sahaja peminat juga dapat bergambar bersama kumplan AlphaBAT yang mempunyai 'photo pass'.Dan mendapat tandatangan daripada AlphaBAT kepada yang membeli album mereka pada hari tersebut.AlphaBAT.









SEKIAN,TERIMA KASIH

TAMAT












Saturday 26 April 2014

AlphaBat 1st Showcase in Malaysia-Press Conference

AlphaBAT Press Conference @Neway One Utama
Pada 24 APRIL 2014 kumpulan AlphaBAT telah mengadakan sidang media di Malaysia untuk pameran promo pelancongan dan mereka mencari ahli ke-10.

   

Ahli-ahli dalam kumpulan itu adalah terdiri daripada:-
dari kiri B:eta, C:ode, D:elta, E:psilon, F:ie, G:amma, H:eta, I:ota, dan J:eta


Antara soalan-soalan yang diajukan ketika sesi persidangan media berlangsung

S: Adakah anda sudah mencuba makanan di Malaysia dan apakah harapan kalian terhadap makanan di Malaysia?
BETA : Saya mendengar dari rakan-rakan saya yang Satay sangat lazat jadi saya ingin mencuba . Bagi saya, saya ingin mencuba nasi daun pisang ( Nasi Lemak ) :D

S: Kami mempunyai destinasi yang indah di Malaysia juga. Apakah tempat yang ingin kalian lawati?
CODE: Sebelum kita melawat Malaysia , saya telah mendapatkan maklumat dan saya dapati Kota Kinabalu jadi saya ingin mencuba untuk pergi ke sana .
BETA: Dan KLCC 

S: Siapakah antara kalian yang paling kacak dalam AlphaBAT ?
BETA, CODE , GAMMA , HETA dan IOTA masing-masing mengangkat tangan mereka!

Sebelum sidang akhbar berakhir satu soalan di ajukan kepada i:ota 

Q : Adakah betul I:OTA digelar Yoda ?
Iota : Itu tidak benar! Saya bukan Yoda, saya adalah seorang 'rapper' yang kacak ! :D

AlphaBAT juga akan megadakan showcase di Johor Bahru pada 26 APRIL 2014(hari ini)
dan 27 APRIL 2014 di Summit USJ


Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada pihak New Pro-Star kerana menjemput untuk membuat liputan sepanjang sidang media.
SEKIAN !!