Saturday 26 April 2014

AlphaBat 1st Showcase in Malaysia-Press Conference

AlphaBAT Press Conference @Neway One Utama
Pada 24 APRIL 2014 kumpulan AlphaBAT telah mengadakan sidang media di Malaysia untuk pameran promo pelancongan dan mereka mencari ahli ke-10.

   

Ahli-ahli dalam kumpulan itu adalah terdiri daripada:-
dari kiri B:eta, C:ode, D:elta, E:psilon, F:ie, G:amma, H:eta, I:ota, dan J:eta


Antara soalan-soalan yang diajukan ketika sesi persidangan media berlangsung

S: Adakah anda sudah mencuba makanan di Malaysia dan apakah harapan kalian terhadap makanan di Malaysia?
BETA : Saya mendengar dari rakan-rakan saya yang Satay sangat lazat jadi saya ingin mencuba . Bagi saya, saya ingin mencuba nasi daun pisang ( Nasi Lemak ) :D

S: Kami mempunyai destinasi yang indah di Malaysia juga. Apakah tempat yang ingin kalian lawati?
CODE: Sebelum kita melawat Malaysia , saya telah mendapatkan maklumat dan saya dapati Kota Kinabalu jadi saya ingin mencuba untuk pergi ke sana .
BETA: Dan KLCC 

S: Siapakah antara kalian yang paling kacak dalam AlphaBAT ?
BETA, CODE , GAMMA , HETA dan IOTA masing-masing mengangkat tangan mereka!

Sebelum sidang akhbar berakhir satu soalan di ajukan kepada i:ota 

Q : Adakah betul I:OTA digelar Yoda ?
Iota : Itu tidak benar! Saya bukan Yoda, saya adalah seorang 'rapper' yang kacak ! :D

AlphaBAT juga akan megadakan showcase di Johor Bahru pada 26 APRIL 2014(hari ini)
dan 27 APRIL 2014 di Summit USJ


Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada pihak New Pro-Star kerana menjemput untuk membuat liputan sepanjang sidang media.
SEKIAN !!











No comments:

Post a Comment