Tuesday 6 May 2014

AlphaBat 1st Showcase in Malaysia-Sesi Ujibakat Dan Showcase

AlphaBAT Showcase @Summit Subang USJ, Kuala Lumpur


27 April 2014,Ahad,hari yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat AlphaBAT untuk menyaksikan  persembahan idola mereka untuk kali pertamanya  di Kuala Lumpur.Sebelum AlphaBAT menampilkan diri mereka,kami dipersembahkan tarian daripada 4 orang penari cilik 'bubble candy' dengan tarian yang sangat bertenaga dan mengkagumkan.


Seterusnya majlis di teruskan dengan persembahan peserta-peserta yang dipilih untuk sesi ujibakat pemilihan ahli AlphaBAT yang ke-10.Pelbagai nyanyian yang di dendangkan oleh peserta ujibakat dan ada yang mempersembahkan tarian walaupun mereka tidak boleh menari.Para juri sangat mengkagumi bakat-bakat yang ada pada mereka dan ada yang sangat menarik perhatian para juri pada waktu itu.

Antara peserta yang hadir di sesi ujibakat

Saat yang di nanti-nantikan oleh peminat-peminat AlphaBAT,sorakan demi sorakan AlphaBAT menampilkan diri mereka di atas pentas.AlphaBAT mempersembahkan beberapa buah lagu iaitu 'love in ice' 'always' 'fiction' 'beautiful night' 'AB city' 'ttantara' berselang dengan acara 'game with fans'.Mereka sangat  bertuah kerana menjadi salah seorang daripada kami yang dipilih untuk bersama AlphaBAT di atas pentas.Majlis tidak di akhiri begitu sahaja peminat juga dapat bergambar bersama kumplan AlphaBAT yang mempunyai 'photo pass'.Dan mendapat tandatangan daripada AlphaBAT kepada yang membeli album mereka pada hari tersebut.AlphaBAT.









SEKIAN,TERIMA KASIH

TAMAT












No comments:

Post a Comment